kira brand logo

Legal

Dasar privasi

Last updated: 22/10/2022

Penyata Kerahsiaan Maklumat Peribadi

Penyata Kerahsiaan Maklumat Peribadi ini menjelaskan bagaimana aplikasi KIRA, platform pendaftaran anggota dan pengendalian aktiviti yang dibangunkan untuk dan dimiliki oleh Koperasi KEADILAN Berhad ("KIRA", "kami") mengumpul, menyimpan, dan mengendali Maklumat Peribadi (seperti yang ditakrifkan di bawah) individu yang menggunakan KIRA di laman maya atau aplikasi telefon pintar (“Perkhidmatan”) selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) dan undang-undang Malaysia.

Sila baca Penyata Kerahsiaan Maklumat Peribadi ini untuk memahami bagaimana kami menggunakan Maklumat Peribadi yang kami mungkin kumpul daripada anda.

Dengan memberi Maklumat Peribadi anda kepada kami, anda bersetuju dengan syarat-syarat yang terkandung dalam Penyata Kerahsiaan Maklumat Peribadi ini mengenai pengumpulan, penggunaan, akses, pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan Maklumat Peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Penyata Kerahsiaan Maklumat Peribadi ini.

Apa yang diterangkan oleh Penyata Kerahsiaan Maklumat Peribadi ini?

Penyata Kerahsiaan Maklumat Peribadi ini menerangkan:

  • Apakah jenis Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan
  • Bagaimana kami mengumpul Maklumat Peribadi anda
  • Bagaimana kami menggunakan Maklumat Peribadi anda
  • Bila kami mendedahkan Maklumat Peribadi anda
  • Bila kami memindahkan Maklumat Peribadi anda ke luar negara (kami tidak berbuat sedemikian)
  • Hak anda untuk mengakses, membetulkan, dan memadam Maklumat Peribadi anda
  • Definisi Maklumat Peribadi

    Maklumat peribadi merujuk kepada apa-apa maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada anda. Ia merangkumi apa-apa maklumat yang boleh digunakan untuk membezakan, mengenal pasti atau menghubungi anda.

    Apakah Jenis Maklumat Peribadi Yang Kami Kumpulkan?

    Untuk membolehkan kami menyediakan Perkhidmatan dan beroperasi secara cekap dan berkesan dengan menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada anda, kami perlu mengumpul Maklumat Peribadi yang berkenaan daripada anda. Maklumat peribadi yang dikumpulkan oleh kami mungkin merangkumi (tetapi tidak terhad kepada) yang berikut:-

  • Maklumat hubungan seperti nama, tarikh lahir, dokumen-dokumen sokongan identiti (termasuk KP atau nombor pasport), jantina, kewarganegaraan dan bangsa, bahasa yang dipilih, alamat peribadi dan/atau perniagaan semasa, alamat pemasangan, nombor telefon atau telefon bimbit, nombor faks, alamat emel;
  • Maklumat butiran akaun bank;
  • Bagaimana anda menggunakan Perkhidmatan;
  • Peralatan yang anda gunakan apabila mengakses Perkhidmatan kami (contohnya telefon bimbit, sistem komputer dan platform anda) untuk menyesuaikan Perkhidmatan tersebut kepada anda;
  • Minat dan kegemaran peribadi anda untuk membantu kami melaraskan tawaran Perkhidmatan kami yang paling sesuai untuk anda; dan
  • Data pelayaran (“clickstream data”) apabila anda melawat mana-mana laman web kami (contohnya laman-laman yang anda akses dan Perkhidmatan yang anda layari).
  • Bila dan Bagaimana Kami Mengumpul Maklumat Peribadi Anda?

    Kami mungkin mengumpul Maklumat Peribadi secara terus daripada anda apabila anda:

  • berkomunikasi dengan kami;
  • mengambil bahagian dalam mana-mana kaji selidik atau petisyen (sekiranya ada);
  • mendaftar minat dan/atau memohon maklumat mengenai (melalui portal dalam talian atau saluran-saluran lain kami);
  • menjawab apa-apa bahan pemasaran yang kami hantar keluar
  • melawat atau melayari laman web kami;
  • membuat aduan kepada kami; atau
  • memberi maklum balas kepada kami (contohnya melalui laman web kami atau secara salinan bercetak).

  • Selain daripada Maklumat Peribadi yang diperolehi secara terus daripada anda (seperti yang dinyatakan di atas), kami juga mungkin memperolehi Maklumat Peribadi anda daripada pihak-pihak ketiga yang berurusan dengan kami atau yang berkaitan dengan anda (jabatan kerajaan dan badan-badan lain), dan daripada mana-mana sumber-sumber lain di mana anda telah memberi kebenaran kepada pendedahan maklumat berkaitan dengan anda, dan/atau di mana dibenarkan oleh undang-undang.

    Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi Anda?

    Kami mungkin mengumpul dan menggunakan Maklumat Peribadi daripada anda atau daripada kategori pihak-pihak ketiga yang dinyatakan dalam Penyata Kerahsiaan Maklumat Peribadi ini, untuk satu atau lebih tujuan-tujuan berikut:

  • Untuk mengesahkan identiti anda;
  • Untuk mempertimbangkan dan memproses permohonan/permintaan anda untuk Perkhidmatan kami;
  • Untuk menyediakan anda Perkhidmatan yang diminta;
  • Untuk mengendali dan mengurus Perkhidmatan yang kami sediakan kepada anda (termasuk kemudahan pembayaran dan mencetak resit);
  • Untuk menyiasat dan menyelesaikan apa-apa isu Perkhidmatan, aduan atau pertanyaan-pertanyaan lain yang anda beri kepada kami;
  • Untuk mengesan dan mencegah aktiviti penipuan;
  • Untuk sentiasa berhubung dengan anda dan menyediakan anda dengan maklumat yang dipinta;
  • Untuk memproses komunikasi yang anda hantar kepada kami (contohnya, menjawab pertanyaan dan menangani apa-apa aduan dan maklum balas);
  • Untuk menyenggara dan membina sistem dan infrastruktur kami, termasuk pengujian dan penaikan taraf sistem-sistem tersebut;
  • Untuk membina profil data yang diagregat bagi tujuan pengajian dan analisis data;
  • Untuk menguruskan latihan kakitangan dan jaminan kualiti;
  • Untuk memaklumkan anda mengenai manfaat dan perubahan kepada ciri-ciri Perkhidmatan kami;
  • Untuk memastikan cara kami dapat memperbaiki perkhidmatan kami kepada anda;
  • Untuk menyiasat, menjawab, atau mempertahankan tuntutan yang dibuat terhadap atau yang melibatkan KIRA;
  • Untuk menyenggara rekod-rekod yang diperlukan untuk tujuan keselamatan, tuntutan atau tujuan undang-undang yang lain;
  • Untuk mematuhi keperluan undang-undang dan kawal selia; dan
  • Untuk apa-apa tujuan lain yang diperlukan atau dibenarkan oleh apa-apa undang-undang, peraturan, garis panduan dan/atau pihak-pihak kawal selia berkuasa yang berkenaan.
  • Pendedahan Maklumat Peribadi Anda

    Sebagai sebahagian dari penyediaan Perkhidmatan kami dan pengurusan dan/atau operasinya, kami mungkin diperlukan atau dikehendaki mendedahkan maklumat mengenai anda kepada pihak-pihak ketiga yang berikut:

  • Agensi-agensi penguatkuasa undang-undang
  • Agensi-agensi kerajaan yang lain
  • Syarikat-syarikat dan/atau organisasi yang bertindak sebagai ejen, kontraktor, pembekal perkhidmatan dan/atau penasihat profesional kami
  • Syarikat-syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami memproses dan/atau sebaliknya memenuhi urusan dan menyediakan anda Perkhidmatan yang anda telah pohon atau langgani
  • Pihak-pihak lain di mana anda telah memberikan kebenaran nyata atau tersirat
  • Pemasaran Langsung

    Kami tidak akan menjual Maklumat Peribadi anda kepada pihak lain.

    Bagaimana Jika Maklumat Peribadi Yang Diberi Anda Tidak Lengkap?

    Di mana dinyatakan (contohnya dalam borang pendaftaran/permohonan), anda diwajibkan memberi Maklumat Peribadi kepada kami untuk membolehkan kami memproses permohonan anda untuk Perkhidmatan kami, jika anda enggan memberi Maklumat Peribadi yang diwajibkan tersebut, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan anda atau menyediakan anda Perkhidmatan kami.

    Hak Anda Untuk Mengakses, Membetulkan, atau Memadam Maklumat Peribadi Anda

    Kami boleh membantu anda untuk mengakses, membetulkan, atau memadam Maklumat Peribadi anda yang dipegang oleh kami.

    Jika anda mahu mengakses atau memuat turun Maklumat Peribadi anda yang dipegang oleh kami, atau jika anda berpendapat bahawa Maklumat Peribadi anda yang dipegang oleh kami tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau jika berkenaan, tidak terkini, atau sekiranya anda hendak memadam Maklumat Peribadi yang dipegang oleh kami, anda boleh membuat permintaan kepada kami dengan menghubungi kami di admin@kira.com.my. Anda harus menyatakan nama, alamat dan nombor telefon/akaun anda dan nyatakan dengan ringkas perubahan yang anda ingin kami lakukan ke atas Maklumat Peribadi anda.

    Kami akan berusaha secara berpatutan untuk memenuhi permintaan anda untuk mengakses, membetulkan atau memadam Maklumat Peribadi anda dalam masa 21 hari dari tarikh kami menerima permintaan anda.

    Sila maklum bahawa kami mungkin perlu menahan akses kepada Maklumat Peribadi anda dalam keadaan tertentu, contohnya apabila kami tidak dapat memastikan identiti anda atau di mana maklumat yang diminta bersifat komersial dan sulit, atau jika kami menerima permintaan berulang untuk maklumat yang sama. Namun demikian, kami akan memaklumkan anda akan sebab-sebab kenapa kami tidak dapat memenuhi permintaan anda.

    Kewajipan Anda

    Anda bertanggungjawab memberikan maklumat yang tepat dan lengkap kepada kami mengenai diri anda dan mengenai mana-mana individu di mana anda membekalkan Maklumat Peribadi mereka kepada kami dan untuk mengemaskinikan Maklumat Peribadi tersebut jika dan apabila ia menjadi tidak betul atau tidak terkini dengan menghubungi kami. Kewajipan ini merupakan syarat bagi penyediaan Perkhidmatan kami kepada anda dan/atau individu-individu lain yang disahkan atau dibenarkan oleh anda atau organisasi/syarikat anda untuk menggunakan Perkhidmatan tersebut.

    Jika anda perlu memberi kami Maklumat Peribadi berkaitan dengan pihak-pihak ketiga (contohnya mengenai suami atau isteri atau anak-anak anda, atau di mana anda merupakan orang yang dilantik dalam syarikat atau organisasi untuk berurusan dengan kami, jika anda sedang memperolehi dan bertanggungjawab untuk perkhidmatan dan/atau produk yang mereka akan gunakan), anda mengesahkan bahawa anda telah (i) mendapatkan kebenaran mereka atau sebaliknya anda berhak memberi Maklumat Peribadi mereka kepada kami dan untuk kami menggunakan Maklumat Peribadi tersebut dengan sewajarnya, dan (ii) memberitahu mereka untuk membaca Penyata Kerahsiaan Maklumat Peribadi ini di laman ini.

    Urusan Dalam Talian Dengan Kami

    Cookies

    Kami mengumpul maklumat mengenai penggunaan laman web kami oleh anda dari “cookies”. “Cookies” adalah paket-paket maklumat yang disimpan dalam komputer anda yang membantu pelayaran laman web anda dengan menyesuaikan maklumat laman web kepada keperluan anda. Cookies dengan sendirinya tidak mengenal pasti pengguna individu, hanya komputer yang digunakan. Anda tidak diwajibkan menerima cookies. Jika anda mempunyai kerisauan, anda boleh tetapkan komputer anda untuk sama ada menerima semua cookies, memaklumkan anda bila sesuatu cookie di isu, atau langsung tidak menerima cookies pada apa jua masa. Namun demikian, penolakan cookies mungkin akan menjejaskan penggunaan laman web kami kerana kami tidak akan dapat memperibadikan aspek-aspek penggunaan laman web oleh anda.


    Pautan Ke Laman Web Pihak-Pihak Ketiga

    Sila ambil maklum bahawa Penyata Kerahsiaan Maklumat Peribadi ini hanya terpakai di laman KIRA dan tidak terpakai kepada apa-apa laman web pihak-pihak ketiga yang anda mungkin akses dari laman web kami. Untuk menentukan bagaimana mereka mengendali Maklumat Peribadi anda, anda harus memastikan bahawa anda membaca polisi privasi mereka masing-masing.

    Pemindahan Maklumat Peribadi Anda Ke Luar Negara

    Kami tidak akan memindahkan Maklumat Peribadi anda ke luar negara.

    Pengemaskinian Kepada Penyata Kerahsiaan Maklumat Peribadi Kami

    Kami mungkin akan meminda Penyata Kerahsiaan Maklumat Peribadi ini dari masa ke semasa dan versi terkini akan digunapakai dan menggantikan sebarang dan semua versi terdahulu, termasuk tetapi tidak terhad kepada versi di dalam risalah atau salinan bercetak. Sila semak laman web kami untuk maklumat mengenai amalan-amalan paling terkini kami.

    KIRA brand

    BANTUAN

    Soalan Lazim

    Pusat Bantuan

    WhatsApp

    LOKASI KAMI

    Koperasi KEADILAN Berhad (KIRA)

    T2-01-02, Menara 2 Maju Link, Lingkaran Tengah 2, Bandar Tasik Selatan, 57000 Kuala Lumpur

    © KIRA. All rights reserved